- Nutrition (s) -

27 December 2010

25.12.2010

di pagi yang cerah ini, aku bangun tanpa fikirkan apa yang berlaku semalam.. biarkan ia menjadi kenangan abadi dalam diari ini, alhamdulilah.. hidup lagi aku didunia ini, maafkan aku atas salah dan silapku semalam sayang.. pagi2 lagi aku sudah bersiap mahu teruskan perjuangan untuk pulang ke kampung halaman di kulai, sayangku hantar ku di bus stand angsana.. thanks sayang, aku hargai :) aku meneruskan perjalanan ku untuk pergi ke bus stand di seberang jalan untuk menaiki bas ke kulai, hampir dua jam aku tunggu.. bas yang aku inginkan, tidak juga muncul tiba.. hatiku gelisah tidak menentu, sayangku sedang sibuk mencari rezeki.. manakala aku terpaku sendirian mencari bas yang tidak kunjung tiba, ya allah.. berilah aku kesabaran dalam menempuh cabaran dan rintangan darimu.. ayahku menghantar mesej kepadaku mengatakan bahawa dia ingin mengambilku diterminal kulai, lalu aku bersetuju dan menaiki bas yang boleh sampai kesana.. alhamdulilah, sampai jua aku ditempat yang aku tuju dan aku terus menunggu ayah ku yang dalam perjalanan menuju ke tempat ku tunggu, hampir setengah jam baru muncul ayahku bersama adik ku.. aku terus balik dan dalam perjalanan balik, ayahku singgah di kebun nya untuk memberi ikan peliharaan nya makan dan dalam pada masa yang sama.. dia memujuk ku agar aku bekerja ditempat akak ku, AIA insurance.. ayahku kata, ayah bukan marah aku keje di tempat kerja ku.. tetapi agak jauh dari keluarga dan aku suka berlapar.. mereka takut aku tidak makan dan sakit, aku buntu.. aku sangat suka ft sayang keje ku yang hampir jejak ke sebulan 2hb jan ni, tp aku pun fikir masa depan ku.. jika aku terus begini, aku juga yang susah.. maka aku ambil keputusan untuk meneruskan apa yang mereka inginkan, mungkin susah untuk ku bertemu sayangku.. tetapi apakan daya, dengan cara begini sahaja aku dapat melupakan nya.. ya allah, jika dia adalah jodoh ku.. dekatkan lah ia denganku, jika tidak.. jauhkan lah ia perlahan2 dari hidupku, amin ~ maha berat dugaan yang kau berikan ya allah, aku sebagai manusia yang tidak sempurna lagi hina.. aku terima ya allah.. sesampai dirumah, aku terus menukar baju kurung ku dan pergi ke jemputan kahwin jiran ku dan mereka juga sebahagian dari keluarga angkat ku.. aku makan bersama family besarku dan masuk kerumah pengantin, wah ~~ terbayang pula, bagaimana rasa nya jika aku yang berkahwin tika ini,, hhahaaaa :) mungkin aku akan rasa 1 hari nanti, urmmm.. moga2 dipercepatkan lah jodoh kami ya allah ! bila sudah semua nya selesai, aku menaiki motosikal akak ku dan ronda di sekeliling kampung.. tiada apa yang berubah disini, hanya manusianya sahaja yang aku tidak kenali lagi.. bukan kerana sudah bertukar wajah, tetapi suma nya orang baru dan boleh dikatakan majoriti nya dari kalangan cucu2 peneroka yang balik kampung melihat keluarga mereka.. adusss, sadis kan bila aku tetiba tengok minyak kt dlm tank motorsikal ku hampir mau kering.. maka dengan tiada bawak wet nya aku pun pergi la kedai, nk minyak moto... plzzzzzz, hahahaaa :)) ak nmpk sorg mina ni, cm knl kn.. ak pon borrow la ngn die 1.60 n beli sebotol minyak motor, thnx murni ~ t akk bayo alik k, tp tunggu akk alik kulai g r :) pastu nak dijadikan cite, mlm tu sayangku tepon ak.. katanya rindu dengan ku.. almaklum la, xde org nak gado ngn die.. hehehe :) tp xpe la, ak hargai n masa berlalu dengan kebahagiaan bila mak goreng pisang semata2 kerana teringat ak suka goreng pisang ~ adessss, sedey la.. mau makan sampai abes... bye blogger :)

" Jangan Sesekali Menggadai prinsip,Demi Untuk Mendapat Dunia Yang Menggiurkan "

No comments:

Post a Comment

THANKS COMMENT !