- Nutrition (s) -

06 November 2010

pot pet pot pet :(

 Sang Isteri Ceramah Suami ,

AssalamualaikumHukum Isteri
Meleteri Suami ......" Abang ni balik
je kerja, tak nak langsung tolong
saya siapkan kerjarumah. Baca
suratkhabar, menghadap TV, itu
jelah yang awak tahu.
Kitakansama-sama bekerja bang.
Saya pun penat macam abang
juga.Sekurang- kurangnyabuatlah
air kopi sendiri, bukannya susah
pun. Tukarkan lampin anak
ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak
masak lagi. Abang juga yang nak
makannanti... pot.. pet.. pot..
pet..... " leter Ina kepada
suaminya sejuruskembali dari
pejabat masing-masing.Kalaulah
Ina tahu, betapa besar hukuman
serta dosanya meleteri
suamisendiri,sudah tentu dia
tidak akan mengulangi
perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi,
sekiranya Intan menghayati
ganjaran pahala yang tidak
ternilai keranaberbakti kepada
suaminya. Dia tidak akan merasa
susah mahupunpenat
dalammelaksanakan
tanggungjawabnya sebagai isteri
dan ibu.Dewasa ini boleh
dikatakan fenomena isteri
meleteri suami atau dalam
katalain tidak menghormati
suami. Bagaikan sudah menjadi
satu perkara lumrahbagi
kebanyakkan pasangan, tanpa
sedikitpun merasa bersalah
melayani merekaseperti adik lelaki
sahaja lagaknya.Apa yang lebih
mendukacitakan, apabila ada di
kalangan isteri yangmenyifatkan
menjaga peribadinya dengan
bersikap sopan terhadap
suamisebagai ketinggalan
zaman.Keadaan ini juga akan
menjadi model yang tidak baik
kepada anak-anak yangmungkin
diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi lain sehingga
akhirnyamenjadi satu budaya
yang negatif.Banyak nas al-Quran,
terutamanya hadis Nabi yang
membincangkan
tentangkewajipan isteri mentaati
suami, selagi tidak diminta
melakukan
perbuatanmaksiat.Sabda
Rasulullah s. a. w. yang
bermaksud: " Jika sekiranya aku
berhakmenyuruh seseorang
supaya sujud kepada seseorang
yang lain, nescaya akumenyuruh
para isteri sujud kepada
suaminya. " Hadis tersebut
menerangkanbetapa kepatuhan
isteri terhadap suami amat
diutamakan demi
kebaikansesebuah institusi
keluarga, sesuai kedudukannya
sebagai pemimpin
rumahtangga.Demikian juga
halnya ketika junjungan besar
Nabi Muhammad s. a. w.
mikrajkelangit. Baginda telah
dipersaksikan dengan neraka dan
penghuninya
yangkebanyakkannya terdiri
daripada kaum wanita.Ali
Karramallahu Wajhah berkata: "
Aku masuk ke rumah Nabi
besertaFatimah,aku mendapati
baginda sedang menangis
tersedu-sedan ." Akubertanya, "
Ya Rasulullah, apa yang! membuat
anda menangis? "Baginda
menjawab, " Ya Ali, pada malam
aku diangkat ke langit, aku
melihatkaum perempuan
daripada umat ku disiksa di
neraka dengan bermacam-
macamseksaan. Lalu aku
menangis kerana begitu berat
seksaan mereka yang akulihat.
"MENGHERDIKBaginda antara lain
melihat perempuan yang
digantungkan dengan
lidahnya,sedangkan air panas
dituangkan ke dalam
tenggoroknya kerana ia
telahmenyakiti dan menyumpah-
nyumpah suaminya.Ada isteri
yang tergamak bercakap kasar
malah mengherdik suaminya
keranatidak mendapat apa yang
diminta seperti barang kemas,
perabot rumah berupaset sofa
dan TV rata 29 inci yang menjadi
trend semasa.Lebih buruk lagi
perangai si isteri apabila
membanding-bandingkan
suamidengan jiran tetangga yang
mampu menyediakan barangan
terbabit, sekali gusdilabelkan
sebagai suami mithali. Bukan
tidak boleh sama sekali
memintasesuatu daripada suami
tetapi janganlah menggesa
mereka menuruti kemahuananda
sehingga membebankan
dirinya.Sebaliknya, isteri patut
bersyukur kerana berpeluang
meraih keredhaanAllah.Nabi
Muhammad s. a. w. bersabda, "
Sesungguhnya Allah tidak
memandangkepada seorang isteri
yang tidak bersyukur kepada
suaminya. "Hal ini biasa terjadi
kepada suami yang miskin,
manakala isterinya pulatergolong
dalam orang-orang berada, yang
suka mengungkit-ungkit
mengenaihartanya, apatah lagi
yang telah dinafkahkan kepada
suaminya.Mungkin ia agak sukar
untuk dipenuhi apatah lagi bagi
isteri yangbekerja,namun
percayalah, ia bukan sahaja akan
menjadi perkara biasa tetapijuga
ringan dan lancar, jika kita
menganggapnya sebagai ibadah
dan juga satujihad.Marilah kita
sama-sama merenungi kisah
anakanda kesayangan Nabi
Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah
Az-Zahra yang melaksanakan rutin
hariannya sebagaiseorang suri
rumah tangga secara sendirian
tanpa pembantu. Fatimah
padasuatu hari telah meminta
suaminya, Ali pergi menemui
Rasulullah s. a. w.dan meminta
jasa baik baginda untuk
menyerahkan seorang wanita
tawananperang sebagai
pembantu rumah.Rasulullah
bagaimanapun tidak dapat
memperkenankan permintaan
puterinyakerana semua harta
rampasan perang termasuk
wanita-wanita itu bukan
menjadimilik baginda, tetapi milik
negara Islam dan kaum Muslimin
seluruhnya.Baginda tidak dapat
memberikan sesuatu yang bukan
menjadi miliknya.Permintaan
Fatimah itu membimbangkan
baginda, bukan kerana tugas
berat yangsedang dipikul oleh
puterinya itu tetapi disebabkan
oleh bayangan keluhkesah
seorang isteri yang tertekan
akibat tugas-tugas yang
perludibereskannya.Pada sebelah
malamnya, baginda telah
mengunjungi rumah Fatimah
danmenyatakan kepadanya: "
Apakah kamu berdua (Fatimah
dan Ali) suka kepadasatu
pemberian yang akan ku berikan
ini, sedangkan ia lebih baik
daripadaapa yang kamu minta
siang hari tadi? "Fatimah amat
sukacita mendengarkan tawaran
tersebut sekalipun dia
tidakmengetahui apa bentuknya.
Rasulullah menyatakan kepada
Fatimah bahawahendaklah dia
membaca Subhanallah,
Alhamdulillah dan Allahu
Akbar,masing-masing sebanyak
33 kali setiap kali sebelum
tidurnya.Semenjak itu, wirid yang
diajarkan oleh Rasulullah telah
menjadi amalananak dan
menantunya. Hasilnya, Fatimah
mendapati dia tidak lagi
menjadikeluh kesah dalam
menghadapi apa jua kerja-kerja
sehariannya yang berat,malah
merasa cukup bahagia
melakukannya.Baginya, segala
tugasan yang disempurnakannya
sebagai seorang suri
rumahmerupakan satu amalan
yang solehah. Dengan taufik Allah,
sesungguhnyawalau seberat
mana sekalipun tugasan yang
menanti di rumah, tidak
akanmemenatkan selagi steri
tidak meletakkan dirinya seolah-
olah sama tarafdengan suami,
walau setinggi mana sekalipun
darjatnya.Kepada para suami, kita
sama-sama maklum, dalam
zaman moden yang
serbamencabar ini terutamanya di
bandar-bandar besar, kita tidak
dapat mengelakkos sara hidup
yang tinggi sekaligus memerlukan
kedua-dua suami isterikeluar
bekerja.Si isteri telah melakukan
pengorbanan mencari rezeki
tambahan untuk
menyarakeluarga yang
sepatutnya menjadi
tanggungjawab suami. Jadi sudi
apalahkiranya sang suami
bersama-sama meringankan
tugas si isteri seadanya.Bukankah
Rasulullah s. a. w. telah berpesan
supaya para suami berbuat
baikkepada isteri mereka.Jikalau
isteri taat kepada kalian,
janganlah pulamenyusahkan
mereka.Nabi Muhammad s. a. w.
bersabda yang ertinya: " Orang-
orang yangterbaik daripada kamu
sekalian adalah yang lebih baik
dalam mempergaulikeluarganya
dan saya adalah yang terbaik
dalam mempergauli keluargaku.
"Bagi kaum wanita & lelaki yg
sudah berumah-tangga, marilah
kita sama-samabelajar saling
tolong-menolong meringankan
beban pasangan kita.Semoga
kisah tadi membawa menfaat
bagi kita semua...
insya'Allah. .SIKAP ISTERI tidak
menghormati SUAMI adalah
GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia
dilakukan kerana berfikir bahawa
SUAMI mesti buat seperti ISTERI
dalamRUMAHTANGGA.TABIAT-
ISTERI suka meleteri suami dan
TABIAT-SUAMI yang suka
meletakkansemua
tanggungjawab rumahtangga ke
atas bahu isteri semata-mata;
mestilahdihentikan, demi
mendidik MENTAL ZURIAT kita ke
suatu BUDAYA IBADAT.WASSALAM.

atypinkypingucomowt ♥ ????? search...

No comments:

Post a Comment

THANKS COMMENT !